Sesiapa yang baru menjinak dengan belian emas ini mungkin dalam fikiran mereka bercelaru memikirkan kerugian yang di alaminya....OH TIDAAAAAKKKK......RUGINYA AKUUUU....!!! kata beli emas ini untung....tapi aku rugi.
Jangan anda kata rugi sebelum emas itu bernilai pada anda...hendaklah anda kata rugi semasa harga emas mencecah nilai tahap tinggi....sebab apa??...sebabnya anda rugi tidak membeli emas pada waktu, masa, hari ketika harga emas tengah turun ni....bila harga emas sudah naik nanti baru anda akan berkata " Ruginya aku tidak beli emas pada harga turun hari tu"....betul tak apa yang saya katakan??...
Penentuan harga emas dalam dunia dipengaruhi oleh beberapa pekara antaranya ialah:-
1. Pemintaan dan penawaran
2. Penurunan nilai matawang Dollar Euro (matawang dunia)
3. Tukaran wang asing, diantara USD vs MYR sebab kita beli dengan ringgit
4. Keadaan ekonomi dunia
5. Keadaan keamanan dan ketenteraman dunia
6. Kenaikkan harga minyak
7. Dan lain-lain tetapi yg diatas adalah beberapa faktor utama
Semua orang tahu keadaan ekonomi dunia semakin meruncing dan kejatuhan nilai dollar dan Euro adalah penyebab utama. Sebab semua urusniaga mengunakan dollar dan di eropah mengunakan Euro. Jadi apabila orang sudah risau dengan keadaan ini, orang yang menjadi pelabur beralih kepada emas dan perak serta orang yang kaya raya mula menukarkan wang kertas, bon-bon dan surat jaminan kepada emas.
Kenapa nilai dollar boleh turun? Sebabnya apabila wang kertas dicetak terlalu banya, nilai akan menjadi susut. Sebab itu musuh utama wang kertas adalah inflasi. Jadi tidak kiralah anda simpan 10 juta @ 200k @ 10k @ 1 dalam bank, jika dimakan inflasi susut simpanan anda….
Tetapi ada orang bertanya, “ kenapa dalam bank saya masih ada 200k jugak…tak kurang pun? ”. Itu soalan yang logik dan betul tetapi adakah 200k sekarang boleh membeli barang sama macam dulu? Tidakkah anda perasan apabila anda pergi shopping di giant, tesko atau mana-mana shopping complex. Apabila anda membawa RM100 sahaja, berapa kuantiti barang yang sama anda boleh beli dengan RM 100 pada 4 tahun lepas dengan sekarang?? Anda akan bertanya kenapa mahal sangat barang sekarang nie?? Dulu telur ayam diluar kulit warna kuning tanah, isi di dalam warna putih dan isi tengah warna kuning, sama je. Cuma grednya berlainan.
Mahal adalah nilainya bukan barangnya. Apabila nilainya tinggi, harganya akan naik. Apabila harga naik, kita perlukan wang kertas yang lebih untuk membeli. Inilah dinamakan inflasi dan inilah yg dikatakan nilai matawang jatuh sebab dimakan inflasi.
Sebab itu kita kena faham “Apa itu wang kertas, apa peranan wang kertas, anda hendak tahu? Disini saya nyatakan apa itu wang kertas. Wang kertas dihasilkan bertujuan dijadikan medium petukaran sahaja, supaya urusan jual beli dan perkhidmatan menjadi lebih mudah bukan untuk menjadi penyimpan nilai….”
Tetapi kenapa kita simpan wang jugak? Asalnya untuk kita mudah dah selamat disimpan. Maksud selamat disini ialah selamat dari dicuri orang. Ini kerana kita dibayar gaji dan perkhidmatan kita dalam wang kertas so kita hargai wang yang kita perolehi itu. Sebab itu kita anggap ia bernilai sedangkan ianya cuma kertas untuk menjadi pengantara sahaja.
Cuba anda baca dalam Wikipedia apa itu wang. Ini websitenya http://ms.wikipedia.org/wiki/Wang. Didalam wikipedia telah menyatakan mengenai wang. “ Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, danpiawai langsaian hutang.
Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.
Wang tidak mempunyai nilai benar tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang menjadi alternatif mudah kepada sistem barter. Tanpa wang, sistem ekonomi menjadi tidak cekap kerana sistem barter memerlukan keperluan serentak antara mereka yang mahu menukar barang, dan persetujuan bahawa pertukaran barangan ini mestilah sama nilai sebelum pertukaran barter berlaku. Dengan wang, seseorang hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yang diperlukannya.
Penggunaan wang dalam masyarakat menggalakkan perdagangan yang meningkatkan pembahagian kerja, yang menaikkan produktiviti dan kekayaan secara menyeluruh.
Apakah fungsi wang dalam kehidupan kita??
Sesuatu barang dianggap sebagai wang jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:
Bahan pertukaran
Bahan pertukaran merupakan satu perantara yang digunakan dalam perdagangan bagi mengelakkan kesulitan satu sistem tukar barang murni.
§ Ia juga mudah di bawa atau diangkut; logam berharga mempunyai nisbah nilai kepada berat yang tinggi. Sebab itulah minyak, arang atau air tidak sesuai sebagai duit walaupun mudah dibawa. Wang kertas dibuktikan sesuai dengan hal ini.
§ Ia juga haruslah tahan lama. Wang sering tertinggal di dalam saku ketika mencuci. Wang 20 Peso Mexico dibuat daripada plastik untuk ketahanannya. Syiling emas juga dicampurkan tembaga untuk meningkatkan ketahanannya dan Isaac Newton turut memperkenalkan syiling yang dibuat berserta lurah ditepinya untuk mengelakkan dipotong atau dikikis dan dicairkan.
Unit akaun
Satu unit akaun adalah satu unit ukuran nombor piawai bagi nilai pasaran bagi barangan, perkhidmatan dan urusan lain. Ia juga perlu bagi persetujuan perdagangan yang melibatkan hutang.
§ Ia haruslah boleh dibahagikan kepada unit kecil tanpa memusnahkan nilainya; logam berharga boleh ditempa daripada jongkong logam, atau dileburkan menjadi jongkong semula. Ini menyebabkan kulit haiwan atau haiwan itu sendiri tidak sesuai dijadikan wang.
§ Ia haruslah bersamaan dengan yang lain: iaitu satu unit atau benda itu haruslah serupa dengan yang lain yang kerana itulah berlian, hasil seni dan harta tanah tidak sesuai sebagai wang.
§ Ia haruslah mempunyai berat atau saiz atau ukuran tertentu untuk memudahkan pengiraan.
Penyimpan nilai
Untuk menjadi sebagai satu penyimpan nilai, satu komoditi, dalam bentuk wang, atau modal kewangan mestilah boleh disimpan dengan selamat dan boleh didapat kembali - dan boleh dijangkakan sebagai berguna apabila ia didapatkan kembali.
§ Ia haruslah tahan lama, tahan lasak, tidak mudah musnah atau reput. Disebabkan itu, makanan, rempah-ratus, sutera halus dan ambal tidak sesuai dijadikan wang.
§ Ia haruslah mempunyai nilai yang stabil.
§ Ia haruslah sukar untuk dipalsukan dan yang tulen mudah dikenali.
Kecairan pasaran
Wang merupakan bentuk kecairan pasaran. Kecairan menentukan betapa mudahnya sesuatu benda didagangkan untuk benda yang lain. Wang memberikan kemudahan untuk memiliki benda lain tanpa perlu menggunakan sistem barter.
§ Ia haruslah mempunyai nilai kembangan yang rendah antara harga untuk jual beli yang dalam kata lain kos transaksi yang rendah.
§ Wang juga haruslah paling kurang penurunan kebergunaan marjinal, yang membawa maksud apabila anda menambah unit tersebut, setiap unit harganya sama seperti unit sebelumnya dan tidak berkurang dengan banyak.
Kerana itulah, emas dan perak sering dipilih dalam sejarah wang dalam kebanyakan masyarakat dan budaya. Platinum dan Palladium tidak dikenali dan ditulenkan hinggalah dua ratus tahun kebelakangan ini, maka tidak mepunyai sejarah yang panjang tetapi mungkin mengubah masa depan.”
Dulu wang kertas disandarkan dengan emas. Jadi jika anda ada wang kertas RM10, anda boleh tukar degan emas. Tukar tau bukan beli. Jika tidak percaya pergi la bank negara bawa RM10 tunjuk kan kepada Pegawai BNM. Cakap hendak nilai RM10. Apa yang Pegawai BNM tu boleh bagi kepada anda? Anda akan kena halau buta saja..hehehe…sebab itu wang kertas bukan penyimpan yang baik. Jadi apakah yang boleh menjadi penyimpan nilai?
Barang keperluan, minyak, gandum, beras telur dan lain-lain boleh menjadi penyimpan nilai tetapi masalahnya kita nak simpan bukan setahun tetapi jangka masa panjang. Semua barang keperluan ada tarikh luputnya. Ada satu sahaja barang yang bertahan lama. Nilai harganya pun semakin meningkat jika di simpan lama iaitu EMAS. Emas dulu sampai sekarang masih lagi emas…jadi emaslah yang diangap penyimpan kekayaan yang sebenar dan harganya jugak sentiasa naik tetapi kenapa ianya turun sekarang? Sebenarnya harga emas dunia bukan merujuk kepada pasaran emas di Malaysia. Kita beli guna ringgit Malaysia (RM) tetapi harga emas merujuk kepada pasaran di barat. Dibawah ini graf kenaikan harga emas untuk 2 tahun iaitu tahun 2009 dan tahun 2010.
Setiap awal tahun, jika kita lihat trend harga emas pada awal tahun mesti harga turun. Selepas itu akan naik sedikit demi sedikit. Kemudian akan naik tinggi pada bulan Mei dan Jun dan akan turun semula. Selepas itu pada bulan Ogos sahaja mula naik. Anda jangan la risau jika anda beli emas pada tahun lepas dan harga emas sekarang turun. Anda perlu bersabar. Bukan hari ini beli besok harga emas naik mendadak. Itu bukan dinamakan pelaburan emas. Cuma apa yang hendak diperkatakan harga emas ini semakin naik setiap tahun.
Apabila harga emas jatuh, inilah peluang untuk kita membeli emas. Bagi yang sudah ada emas, masa inilah kita tambah emas. Kalau duit tidak cukup, apa susahnya. Pergi saja pajak di Ar-Rahnu dapat cash. Tambah sikit duit kita untuk membeli emas baru. Cuma bulan-bulan anda perlu bayar kepada Ar-Rahnu kerana kita pinjam duit dari mereka. Ar-Rahnu pulak tiada interes dan yang bestnya boleh bayar sesuka hati dan nilainya tidak tetap dalam masa 6 bulan. Jika anda tidak boleh selesai pembayaran dalam masa 6 bulan, anda sambung lagi 6 bulan. Inilah kelebihan Ar-Rahnu. Best sangat-sangat. Jika anda buat loan dibank jangan harap bank boleh buat macam Ar-Rahnu dari segi bayaran balik. Ini kelebihan orang yg ada emas. Bagi yang belum mula membeli emas, sekarang ini masa yang sesuai untuk anda membeli emas.
SELAMAT MEMBELI EMAS KETIKA HARGA TURUN…JANGAN KATA RUGI SEKARANG…KATALAH RUGI MASA HARGA MENINGKAT NANTI…KENAPA?? KERANA ANDA RASA RUGI TIDAK MEMBELI EMAS SEMASA HARGA TURUN.
No comments:
Post a Comment