Kata-kata hikmah


PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


To save your family, buy GOLD
To help the nation, keep GOLD
To follow your religion, use GOLD


- Mr Louis Ng, Chairman, Public Gold


Save in GOLD, before it is too late

- Dr Umar Ibrahim Vadillo, Founding President, WITO

JANGAN MERUGIKAN MASA ANDA...MASA ITU EMAS...EMAS ITU BERHARGA UNTUK ANDA...

LIVE SPOT PRICES

LONDON FIX

MASA ITU EMAS

PENTING UNTUK ANDA...!!!

SETIAP 20 MINIT HARGA EMAS PUBLIC GOLD, PUBLIC DINAR, PUBLIC SILVER & PUBLIC JEWELLERY AKAN BERUBAH.

24 hour GOLD Spot Price

HARGA EMAS PUBLIC GOLD ( 999.9 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC GOLD ( 999.9 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC DINAR ( 916 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC DINAR ( 916 ) TERKINI

HARGA PUBLIC JEWELLERY TERKINI

HARGA PUBLIC JEWELLERY TERKINI

Public Jewellery

24 hour SILVER Spot Price

HARGA PERAK PUBLIC SILVER TERKINI

HARGA PERAK PUBLIC SILVER TERKINI

Sunday, May 16, 2010

Best la ada emas.....

Inilah emas yang saya beli pada 29 April 2010...best ada emas di tangan. Jom beli emas sekarang...!!! Jangan tunggu lama-lama..ada duit beli emas je.









Friday, May 14, 2010

Nak Simpan Wang? Ketahui Rahsia Wang Sebenar

Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).

Betul tak?

Maklumlah.. celik-celik mata ajer… wang kertas inilah yang kita gunakan hari-hari.
Kita sangkakan inilah wang yang sebenarnya… hmmm… betul ker?

Ringgit Malaysia - wang kertas kita

Tahukah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan teperanjat!Anda akan tahu apakah itu wang yang sebenarnya.Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?

Fungsi-Fungsi Wang.

Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:

1. Sebagai unit nilai:
Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.

Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Media Pertukaran:
Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.

Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan, anda cuma perlu membawa ringgit Malaysia yang mencukupi. Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda. Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.

4. Sebagai penyimpan nilai:
Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul. Dengan kata lain, kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya. Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik.

Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.

Wang Fiat Ringgit Malaysia.

Wang kertas yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.

Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:

1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.

Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir:

11.“Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya.Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya.Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00.Hanya pengakuan dan jaminan kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan”

Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…

2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.
Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik.

Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Contohnya amat mudah:
Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang?

Jawapannya, sudah pasti tak boleh.Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak? Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie? Memang sah tak bagus.

Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari.1 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Sudah pasti nilainya akan naik.

Harga emas 1 tahun naik dari USD 909.10 kepada USD1237.Inilah yang dikatakan penyimpan nilai terunggul, terbaik dan tepat.Tanpa perlu membuat sebarang pelaburan pun.

Emas sebagai penyimpan nilai terunggul:

Professor Roy W.Jastram, di dalam bukunya yang terkenal ”The Golden Constant“ yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut ”Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangkamasa yang panjang, contohnya setengah abad“.

Di dalam buku tersebut, beliau telah mengkaji peranan emas sebagai pelindung inflasi dan deflasi dalam jangkamasa 400 tahun.

Kesimpulan:

Pembaca sekalian, emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas.Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya..

Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.

Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting

Wang = Emas
Simpan wang = Simpan emas


Artikel dari jutawanemas.com

8 sebab mengapa anda perlu beralih kepada emas

EMAS

- Tiada susutnilai dan inflasi. Pada zaman Nabi S.A.W., harga seekor kambing adalah sedinar. Pada zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang adalah lebih kurang RM583.00.
(1 Dinar = 4.25gm).

- BERNILAI kerana ia logam.

- Laku satu dunia setiap masa. Orang Kemboja yang berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan kerana menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.

- Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2010 hanya perlu 27 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai.

- Kebanyakan ilmuan ekonomi adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.

- Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.

- Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai. Rujuk www.kitco.com

- Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga.


WANG KERTAS

- Setiap hari susutnilai. Satu ketika dahulu contohnya, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah = RM35.1287.Dulu nilainya lebih tinggi.

- DIPERNILAI kerana ia kertas yang dicop sahaja.

- Laku pada waktu aman sahaja. Contoh depan mata ialah Iraq, dimana selepas kejatuhan Saddam, wang kertas negara tersebut terus tiada nilai.

- Kalau anda menabung bentuk duit, nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang saja.

- Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit RM100.00 - 200.00. Jangan malukan diri anda lagi.

- Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas. Dijangkakan matawangnya akan
terjejas.

- Susutnilai setahun 37%. Bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%. Tapi ramai tak nampak..yang kita nampak kertas aku makin banyak.

- Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika RM100,000.00 anda di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit anda jadi RM100.00 saja! Tidak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan.

Pengiraan Zakat Emas

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah.

Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150


2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf.

Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Rujukan : zakat.com.my

Pertama sekali yang kita perlu tahu hanya emas yang TIDAK dipakai saja yang dikenakan zakat.. Itu saja ke? Ada lagi syarat… Zakat hanya dikenakan hanya apabila emas yang TIDAK dipakai tadi melebihi 85 gram.. Sebagai contoh:

Saya beli emas gold bar Public Gold seberat 100g.. Beli pada 1 Januari 2010.. Genap 1 tahun iaitu 1 Januari 2011 saya perlu menunaikan zakat kerana dah cukup haul (setahun) & berat emas yang melebihi 85 gram.


Kiraan Zakat:

= (100g – 85g) x (RM125/g) <- (Harga Semasa Emas per gram)

= (15 gram x RM125) x 2.5%

= RM46.87 untuk dizakat…

Thursday, May 13, 2010

EMAS NAIK...!!

Terkejut saya bila lihat graf emas...naik tuuuu...saya ingat lagi beli jongkong emas 20gram pd 28 April 2010 iaitu harga RM 2682...tengok sekarang 13 Mei 2010 harga RM 2822...Cuba kira berapa kenaikan dalam berapa hari??...jangan merugikan masa untuk beli emas...jangan duk tunggu bila harga emas turun mendadak...baik beli sekarang!!!

Saturday, May 8, 2010

KELEBIHAN EMAS PELABURAN

Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:

1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard
3. Mudah ditunaikan
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan

* barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25%-40%)

Friday, May 7, 2010

POKNIK AGEN PUBLIC GOLD

VIDEO