Kata-kata hikmah


PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


To save your family, buy GOLD
To help the nation, keep GOLD
To follow your religion, use GOLD


- Mr Louis Ng, Chairman, Public Gold


Save in GOLD, before it is too late

- Dr Umar Ibrahim Vadillo, Founding President, WITO

JANGAN MERUGIKAN MASA ANDA...MASA ITU EMAS...EMAS ITU BERHARGA UNTUK ANDA...

LIVE SPOT PRICES

LONDON FIX

MASA ITU EMAS

PENTING UNTUK ANDA...!!!

SETIAP 20 MINIT HARGA EMAS PUBLIC GOLD, PUBLIC DINAR, PUBLIC SILVER & PUBLIC JEWELLERY AKAN BERUBAH.

24 hour GOLD Spot Price

HARGA EMAS PUBLIC GOLD ( 999.9 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC GOLD ( 999.9 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC DINAR ( 916 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC DINAR ( 916 ) TERKINI

HARGA PUBLIC JEWELLERY TERKINI

HARGA PUBLIC JEWELLERY TERKINI

Public Jewellery

24 hour SILVER Spot Price

HARGA PERAK PUBLIC SILVER TERKINI

HARGA PERAK PUBLIC SILVER TERKINI

Tuesday, October 26, 2010

Mahathir: Sandaran emas bagi mata wang tidak jadikannya Islamik

October 26, 2010

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Menyandarkan mata wang pada emas tidak menjadikannya Islamik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata ia menjadi Islamik hanya sekiranya urus niaga dalam mata wang itu tidak melibatkan faedah atau riba.

“Bukan nama yang penting. Yang penting ialah sandaran emas bagi mata wang itu, walau apa jua namanya,” katanya dalam ucaptamanya pada Forum Kewangan Islam Global 2010 di sini.

Beliau berkata cadangan berulang kali dibuat bagi penggunaan dinar emas, dan bank-bank Islam tidak harus dipengaruhi sentimen semata-mata.

Beliau berkata orang juga perlu sedar bahawa harga emas boleh berubah dan nilainya berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain.

“Jika kita gunakan emas di negara ini, kuasa membeli akan berbeza dengan negara lain. Selain itu, sifatnya yang berat menjadikannya tidak sesuai sebagai mata wang untuk kegunaan harian,” katanya.

Dr Mahathir berkata apabila emas menjadi piawaian bagi pengeluaran mata wang, ia ditetapkan pada AS$36 seaun emas.

“Hari ini seaun emas bernilai AS$1,400. Satu dolar AS akan bersamaan dengan 1/1400 auns emas.

“Ia sangat kecil jika dikeluarkan dalam bentuk wang syiling. Tidak praktikal untuk dibawa wang syiling emas dalam saku,” tegas beliau.

Menurut beliau emas boleh digunakan dalam pelunasan perdagangan antarabangsa kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar dan pembayaran dalam bentuk fizikal emas akan menyukarkan disebabkan oleh beratnya itu.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata kewangan Islam mempunyai masa depan yang sangat cerah tetapi kejayaannya bukanlah kerana ia tidak melibatkan pembayaran faedah.

Kata beliau masa depannya bergantung kepada amalan beretika, penyeliaan oleh kerajaan, pengelakan amalan dan produk yang diragui, penumpuan kepada pembiayaan perniagaan sebenar dan penolakan pertaruhan bagi pasaran hadapan dan manipulasi pasaran.

“Pengambilan untung berlebihan mestilah dielakkan; perlu ada had untuk mencari untung,” katanya.

Dr Mahathir berkata sektor itu telah menemui banyak cara untuk mendapatkan keuntungan tanpa mengenakan caj faedah tetapi bank-bank konvensional sentiasa menghasilkan produk-produk perbankan baharu.

“Walaupun penting bagi bank-bank Islam memadankan produk-produk ini, namun ia haruslah berhati-hati dan memastikan produk itu beretika, bahawa ia benar-benar mematuhi rukun Islam,” katanya.

Kata Dr Mahathir peraturan dan kawal selia yang sewajarnya oleh pemeriksa-pemeriksa yang turut berada di bawah kawal selia amat penting jika sektor itu mahu berkembang dan menjadi alternatif yang baik bagi sistem perbankan semasa.

“Sistem perbankan Islam belum lagi disalahgunakan tetapi ini tidak bererti ia tidak akan disalahgunakan. Ada banyak orang tamak di kalangan umat Islam seperti juga ada orang begini di kalangan penganut agama lain,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata eksekutif-eksekutif haruslah diberikan ganjaran yang setimpal dan mereka tidak harus mengambil gaji, pampasan dan bonus yang tidak sewajarnya.

“Ini merupakan syarat-syarat yang sukar, tetapi jika syarat-syarat ini tidak dipatuhi, maka kewangan Islam mungkin segera berkubur,” kata Dr Mahathir. – Bernama

No comments:

Post a Comment

VIDEO