Kata-kata hikmah


PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


To save your family, buy GOLD
To help the nation, keep GOLD
To follow your religion, use GOLD


- Mr Louis Ng, Chairman, Public Gold


Save in GOLD, before it is too late

- Dr Umar Ibrahim Vadillo, Founding President, WITO

JANGAN MERUGIKAN MASA ANDA...MASA ITU EMAS...EMAS ITU BERHARGA UNTUK ANDA...

LIVE SPOT PRICES

LONDON FIX

MASA ITU EMAS

PENTING UNTUK ANDA...!!!

SETIAP 20 MINIT HARGA EMAS PUBLIC GOLD, PUBLIC DINAR, PUBLIC SILVER & PUBLIC JEWELLERY AKAN BERUBAH.

24 hour GOLD Spot Price

HARGA EMAS PUBLIC GOLD ( 999.9 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC GOLD ( 999.9 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC DINAR ( 916 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC DINAR ( 916 ) TERKINI

HARGA PUBLIC JEWELLERY TERKINI

HARGA PUBLIC JEWELLERY TERKINI

Public Jewellery

24 hour SILVER Spot Price

HARGA PERAK PUBLIC SILVER TERKINI

HARGA PERAK PUBLIC SILVER TERKINI

Tuesday, October 26, 2010

Koin Emas Terbesar Dan Termahal Di Dunia

Koin emas terbesar di dunia telah terjual pada harga 3,27 juta euro (4,02 juta dollar AS) pada satu acara lelongan di bandar Wina pada hari Jumaat tanggal 25 Jun 2010.Koin emas tersebut berbentuk daun mapel dan dinamanakan Maple Leaf, terbuat dari emas murni 99,999 peratus, berdiameter 53 cm, tebal 3 cm, sedangkan beratnya 100 kg, terdaftar dalam Guinnes Book of Records.Koin itu dibeli oleh sebuah perusahaan logam mulia dari Sepanyol, menurut balai lelong Dorotheum.







Mahathir: Sandaran emas bagi mata wang tidak jadikannya Islamik

October 26, 2010

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Menyandarkan mata wang pada emas tidak menjadikannya Islamik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata ia menjadi Islamik hanya sekiranya urus niaga dalam mata wang itu tidak melibatkan faedah atau riba.

“Bukan nama yang penting. Yang penting ialah sandaran emas bagi mata wang itu, walau apa jua namanya,” katanya dalam ucaptamanya pada Forum Kewangan Islam Global 2010 di sini.

Beliau berkata cadangan berulang kali dibuat bagi penggunaan dinar emas, dan bank-bank Islam tidak harus dipengaruhi sentimen semata-mata.

Beliau berkata orang juga perlu sedar bahawa harga emas boleh berubah dan nilainya berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain.

“Jika kita gunakan emas di negara ini, kuasa membeli akan berbeza dengan negara lain. Selain itu, sifatnya yang berat menjadikannya tidak sesuai sebagai mata wang untuk kegunaan harian,” katanya.

Dr Mahathir berkata apabila emas menjadi piawaian bagi pengeluaran mata wang, ia ditetapkan pada AS$36 seaun emas.

“Hari ini seaun emas bernilai AS$1,400. Satu dolar AS akan bersamaan dengan 1/1400 auns emas.

“Ia sangat kecil jika dikeluarkan dalam bentuk wang syiling. Tidak praktikal untuk dibawa wang syiling emas dalam saku,” tegas beliau.

Menurut beliau emas boleh digunakan dalam pelunasan perdagangan antarabangsa kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar dan pembayaran dalam bentuk fizikal emas akan menyukarkan disebabkan oleh beratnya itu.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata kewangan Islam mempunyai masa depan yang sangat cerah tetapi kejayaannya bukanlah kerana ia tidak melibatkan pembayaran faedah.

Kata beliau masa depannya bergantung kepada amalan beretika, penyeliaan oleh kerajaan, pengelakan amalan dan produk yang diragui, penumpuan kepada pembiayaan perniagaan sebenar dan penolakan pertaruhan bagi pasaran hadapan dan manipulasi pasaran.

“Pengambilan untung berlebihan mestilah dielakkan; perlu ada had untuk mencari untung,” katanya.

Dr Mahathir berkata sektor itu telah menemui banyak cara untuk mendapatkan keuntungan tanpa mengenakan caj faedah tetapi bank-bank konvensional sentiasa menghasilkan produk-produk perbankan baharu.

“Walaupun penting bagi bank-bank Islam memadankan produk-produk ini, namun ia haruslah berhati-hati dan memastikan produk itu beretika, bahawa ia benar-benar mematuhi rukun Islam,” katanya.

Kata Dr Mahathir peraturan dan kawal selia yang sewajarnya oleh pemeriksa-pemeriksa yang turut berada di bawah kawal selia amat penting jika sektor itu mahu berkembang dan menjadi alternatif yang baik bagi sistem perbankan semasa.

“Sistem perbankan Islam belum lagi disalahgunakan tetapi ini tidak bererti ia tidak akan disalahgunakan. Ada banyak orang tamak di kalangan umat Islam seperti juga ada orang begini di kalangan penganut agama lain,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata eksekutif-eksekutif haruslah diberikan ganjaran yang setimpal dan mereka tidak harus mengambil gaji, pampasan dan bonus yang tidak sewajarnya.

“Ini merupakan syarat-syarat yang sukar, tetapi jika syarat-syarat ini tidak dipatuhi, maka kewangan Islam mungkin segera berkubur,” kata Dr Mahathir. – Bernama

Tuesday, October 5, 2010

Kadar inflasi meningkat 2.1 peratus pada bulan Ogos 2010

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Inflasi, seperti yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna (IHP), meningkat sebanyak 2.1 peratus pada kadar tahunan dalam bulan Ogos.

Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kenaikan harga dalam kategori makanan dan minuman tanpa alkohol dan pengangkutan, kata Bank Negara dalam satu kenyataan hari ini.

Kenaikan harga pengangkutan mencerminkan kesan sepenuhnya daripada pelarasan harga runcit petrol dan diesel pada pertengahan bulan Julai, berikutan langkah pengurangan subsidi oleh kerajaan. – Bernama

APA ITU INFLASI?
Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di i berlaku kenaikan harga (kebanyakan gan don perkhidmatan) yang berterusan.

APAKAH PUNCA INFLASI?

1. Inflasi Tarikan Permintaan
Berlaku apabila bekalan barangan dan erkhidmatan fidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan acara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih.

2. Inflasi Tolakan Kos
Berlaku apabila kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan.

3. Inflasi Bekalan Wang
Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini biasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Wang yang akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan don perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa.

4. Inflasi Pentadbiran Harga
Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoll) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran,

5. Inflasi Yang Diimport
Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkon inflasi. Apabila kos bahanbahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang dilmport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedari. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau ticlak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memihak kepada negara pengeksport.

Persoalannya di sini, so what? What does inflation effect to me?

  • Kuasa beli semakin rendah. 5 tahun yang lepas, duit kertas RM10 mungkin boleh membeli beberapa jenis barangan keperluan. Tapi sekarang, kuasa beli RM10 tidak mungkin dapat menyamai jumlah barangan seperti 5 tahun lepas. e.g dulu kalau ikut cerita ibu bapa saya, kalau zaman diorang sekolah dulu, bawak 50 sen dah di kira mewah. Sekarang? habuk pun tak lepas kot...
  • Harga barangan semakin meningkat. Dulu petrol brapa ringgit seliter? Sekarang? Dulu beras sekilo brapa ringgit? Sekarang? Dulu nasi lemak telur peniaga bagi sebiji.. Sekarang suku kerat sahaja...


So, begitu juga kesannya kepada simpanan kita. Kalau lah kadar inflasi meningkat 2.1% pada bulan Ogos yang lepas. Kalau di tolak dengan pembahagian Dividen ASB katakanlah 8%.. Jumlah bersih yang kita dapat setelah ditolak dengan peningkatan kadar inflasi adalah 6% sahaja…

So saya nak story satu tamsilan yang paling senang anda nak faham:



Perbezaan simpan dalam wang tunai & emas

Saya ada RM5,000 tunai. Saya ada dua option sama ada nak simpan dalam ASB or Fixed Deposit ataupun dalam bentuk emas. Setelah 5 tahun kita lihat apa yang terjadi…

Situasi 1: Simpan RM5,000 dalam ASB atau Fixed Deposit

Setelah 5 tahun, anggaran kasar dividen yang saya peroleh adalah (RM5,000 x [7% x 5 tahun]) = RM6,750.00.. Tapi masa tersebut kuasa beli dengan RM6,750.00 tidak lah sama lagi seperti tahun sebelumnya.. Most probably tak membantu banyak.. Maybe 5 tahun lepas dengan RM10 dapat beli 5 ekor ikan terubok saiz kecil, tapi tahun ini cuma dapat beli 2 ekor sahaja.. who knows?

Situasi 2: Simpan RM5,000 tukar dalam bentuk jongkong emas

Kalau dikira secara kasar kita beli dengan RM5,000, kita akan dapat emas seberat 30 gram. Akan tetapi setelah 5 tahun, nilai emas tersebut akan meningkat dengan sendirinya. Berdasarkan prestasi kadar kenaikan harga emas, secara purata adalah sebanyak 20-30% setahun. Anggaran nilainya adalah RM5,000 x[20% x 5 tahun] = RM10,000.






Kesan Inflasi

Sudah pasti pada 5 tahun akan datang kuasa beli tidak akan hilang, kerana emas kita tadi kalau ditukar kembali kepada bentuk cash sudah mencapai RM10,000. Cukup kot untuk masa tu =) jika para pembaca tidak lagi faham akan masalah inflasi ini, 2 link untuk para pembaca melihat….

http://www.youtube.com/watch?v=t_LWQQrpSc4

http://www.youtube.com/watch?v=P–8YH6SkQc

So, diharap penerangan yang sangat simple ini membantu anda memahami kenapa pentingnya menukarkan rizab simpanan peribadi kita ke dlm bentuk jongkong emas. Isu yang timbul sekiranya simpan dlm bentuk emas adalah takut hilang bukan? Jangan risau, di seluruh Malaysia ada cawangan bank-bank yang menawarkan Safe Deposit Box. Salah satunya adalah yang disediakan oleh pihak Public Fine Gold International dibawah anak syarikatnya iaitu Public Safe


http://www.publicsafe.com.my/home.html

Bagaimana Menjana Keuntungan Menggunakan Teknik Ar-Rahnu

Cara-cara menjana keuntungan dengan teknik Ar-Rahnu.

Betul ke boleh untung? hehehe… sudah tentu boleh untung. Kalau rugi buat apa nak share kat sini betul tak?

Masalah akan berlaku jika orang yang tanya tu:

1. Tak pernah beli emas
2. Tak pernah pergi gadaikan emas di Ar-Rahnu dan beli emas lagi.
3. Tak pernah memerhatikan kenaikan harga emas dalam masa setahun keatas.

Memang confirm tak akan faham. Jadi, kalau anda hendak faham teknik ini maka anda perlu buat sendiri teknik ini. You need to experience it. Bagi pelabur-pelabur emas yang lama memulakan pelaburan emas… memang ini adalah peluang menjana keuntungan lebih terutamanya bila harga emas jatuh.

Sebagai orang berpengalaman (sebab hari-hari tengok harga emas nie :) ) mereka tahu bila akan berlakunya buying opportunity. Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kita boleh mengambil peluang menambahkan stok ketika harga emas sedang rendah.

Huraian: Sebagai komoditi, harga emas boleh turun dan naik. Memandangkan trend jangkamasa panjang ialah menaik, jadi setiap penurunan harga membolehkan kita membuat keuntungan dengan membeli lebih banyak stok emas dengan cara menggunakan teknik Ar-Rahnu (gadai emas yang sedia ada di tangan dan beli emas dengan hasil gadaian tersebut)

Anda akan mendapat untung apabila harga emas melantun semula. Sebagai contoh, perhatikan graf dibawah. Kita dapati harga emas boleh jatuh 26.8% dalam masa 2 minggu. Namun selepas itu ia melonjak naik sebanyak 47.6% dalam tempoh 4 bulan.



Ini contoh buying opportunity. Harga emas turun banyak.
p/s: Buying opportunity bukan datang setiap masa. Setahun 2-3 kali ajer.

Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu)

Baiklah, sekarang ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal dan kemudahan Ar-Rahnu.

Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.

Bagi mereka yang membuat pelaburan emas dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat.

Terdapat 2 teknik manipulasi pajak gadai Ar-Rahnu.

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masukkan kedalam akaun GIA/GSPA.
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal.

TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA/GSPA

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan
semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.

2. Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu

p/s: Kelemahan teknik ini ialah anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik. Jika anda hendak untung lebih anda kena buat teknik 2 (diterangkan di bawah)

TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL.

Teknik ini lagi best :)

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu.
Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya
Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)

2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali
kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal.
Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti
RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)

3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas
naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus
emas di dalam Ar-Rahnu.
Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.

4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama.
Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi
boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.



Gambar: Ilustrasi teknik pajak dan beli emas fizikal.


VIDEO