Kata-kata hikmah


PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


To save your family, buy GOLD
To help the nation, keep GOLD
To follow your religion, use GOLD


- Mr Louis Ng, Chairman, Public Gold


Save in GOLD, before it is too late

- Dr Umar Ibrahim Vadillo, Founding President, WITO

JANGAN MERUGIKAN MASA ANDA...MASA ITU EMAS...EMAS ITU BERHARGA UNTUK ANDA...

LIVE SPOT PRICES

LONDON FIX

MASA ITU EMAS

PENTING UNTUK ANDA...!!!

SETIAP 20 MINIT HARGA EMAS PUBLIC GOLD, PUBLIC DINAR, PUBLIC SILVER & PUBLIC JEWELLERY AKAN BERUBAH.

24 hour GOLD Spot Price

HARGA EMAS PUBLIC GOLD ( 999.9 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC GOLD ( 999.9 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC DINAR ( 916 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC DINAR ( 916 ) TERKINI

HARGA PUBLIC JEWELLERY TERKINI

HARGA PUBLIC JEWELLERY TERKINI

Public Jewellery

24 hour SILVER Spot Price

HARGA PERAK PUBLIC SILVER TERKINI

HARGA PERAK PUBLIC SILVER TERKINI

Saturday, July 24, 2010

Emas legakan rakyat Britain


SEBAHAGIAN simpanan emas milik Britain yang disimpan di sebuah bilik kebal di England baru-baru ini.


SEORANG pekerja membaca akhbar berhampiran bangunan Bank of England baru-baru ini.

PEMANDANGAN berkilauan ribuan jongkong emas setiap satu seberat 12.7 kilogram yang tersusun kemas di dalam bilik kebal Bank of England memberi keyakinan kepada orang ramai ketika negara itu berhadapan kelemahan pasaran saham, harga rumah menjunam dan institusi perbankan muflis, lapor sebuah akhbar semalam.

Tumpuan kepada emas sebagai penanda aras keutuhan sesebuah ekonomi kembali menjadi aliran selepas dunia dikejutkan dengan krisis kewangan yang teruk.

Ketidaktentuan ekonomi dunia pada masa kini menyebabkan simpanan saham dan pinjaman tidak lagi dianggap sebagai satu bentuk pelaburan yang teguh seperti sebelumnya.

Ketika ekonomi dunia masih mantap kurang sedekad lalu, logam berprestij itu diniagakan pada kadar hanya AS$275 (RM975) bagi setiap 28.3 gram atau satu auns.

Namun, hari ini harga bagi satu auns emas melonjak kepada AS$787.80 (RM2,794) sekali gus menjadikan setiap jongkong emas itu bernilai kira-kira AS$328,316 (RM1.16 juta) atau bersamaan harga sebuah kereta sports Ferrari baru.

Gambar yang dirakam oleh akhbar Daily Mail menunjukkan susunan 15,000 jongkong emas tulen dengan nilai anggaran hampir AS$5 bilion (RM17.4 bilion).

Bank pusat Britain itu dikatakan menyimpan banyak lagi jongkong emas di lokasi yang tidak didedahkan.

Sebenarnya, lapor Daily Mail, gambar tersebut mewakili separuh daripada jongkong emas yang disimpan di beberapa bilik kebal gergasi di ibu pejabat bank itu di London.

Jika dijumlahkan, berat semua jongkong emas yang disimpan di beberapa bilik kebal luas di bawah jalan-jalan raya di pusat bandar raya London itu menyamai 4,600 tan dengan nilai anggaran mencecah hingga AS$119.6 bilion (RM424 bilion).

Bagaimanapun, hakikatnya, lapor akhbar tersebut, bukan semua jongkong emas tersebut milik kerajaan Britain.

Bebarapa dekad telah berlalu sejak mata wang Britain ditambat kepada nilai emas atau Gold Standard yang berakhir pada tahun 1931 tetapi London masih menyimpan sejumlah emas tersebut untuk digunakan pada waktu kecemasan.

Apa yang menyedihkan ialah kerajaan negara itu gagal menguruskan simpanan emas mereka dengan bijak.

Contohnya, pada Mei 1999, Gordon Brown yang merupakan menteri kewangan dan ekonomi negara atau dipanggil Chancellor of the Exchequer memutuskan untuk menjual 415 tan emas atau 60 peratus keseluruhan simpanan emas Britain.

Penjualan tersebut merugikan berikutan ia dilakukan ketika harga emas menjunam pada tahap terendah dalam sejarah.

Sebenarnya, sebahagian besar jongkong emas tersebut disimpan oleh Bank of England bagi pihak pendeposit-pendeposit asing terutama sekali bank-bank pusat negara asing yang tidak memiliki bilik kebal selamat seperti di Britain.

Kualiti emas tersebut sama tetapi jongkong-jongkong itu memiliki bentuk yang sedikit berbeza dan ditandakan bagi menunjukkan ia datang dari sumber berlainan.

Tahap keselamatan di pusat simpanan emas kedua terbesar itu amat ketat seperti di bank Rizab Persekutuan Amerika Syarikat di New York yang merupakan pusat simpanan emas terbesar dunia.

Setiap bilik kebal itu bersaiz amat besar dan memiliki ruang lebih luas berbanding ruang setiap tingkat yang terdapat pada bangunan tertinggi di Britain, Tower 42.

Beberapa bentuk kunci yang panjangnya hampir satu meter diperlukan untuk membuka pintu bilik kebal tersebut.

Maklumat terperinci mengenainya dirahsiakan tetapi dinding bilik kebal itu dibina kalis bom selepas ia digunakan sebagai tempat perlindungan dari serangan udara oleh kakitangan bank tersebut ketika Perang Dunia Kedua meletus.

Ketika dunia hilang keyakinan terhadap kebanyakan pelaburan lain, emas memberikan keyakinan kepada orang ramai sejak zaman berzaman.

Tidak dinafikan bahawa nilai hakiki emas juga bersifat simbolik tetapi yang mana menjadi pilihan anda sekarang, bergulung-gulung sijil saham atau beberapa jongkong emas Bank of England? - Agensi

No comments:

Post a Comment

VIDEO