Kata-kata hikmah


PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


To save your family, buy GOLD
To help the nation, keep GOLD
To follow your religion, use GOLD


- Mr Louis Ng, Chairman, Public Gold


Save in GOLD, before it is too late

- Dr Umar Ibrahim Vadillo, Founding President, WITO

JANGAN MERUGIKAN MASA ANDA...MASA ITU EMAS...EMAS ITU BERHARGA UNTUK ANDA...

LIVE SPOT PRICES

LONDON FIX

MASA ITU EMAS

PENTING UNTUK ANDA...!!!

SETIAP 20 MINIT HARGA EMAS PUBLIC GOLD, PUBLIC DINAR, PUBLIC SILVER & PUBLIC JEWELLERY AKAN BERUBAH.

24 hour GOLD Spot Price

HARGA EMAS PUBLIC GOLD ( 999.9 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC GOLD ( 999.9 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC DINAR ( 916 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC DINAR ( 916 ) TERKINI

HARGA PUBLIC JEWELLERY TERKINI

HARGA PUBLIC JEWELLERY TERKINI

Public Jewellery

24 hour SILVER Spot Price

HARGA PERAK PUBLIC SILVER TERKINI

HARGA PERAK PUBLIC SILVER TERKINI

Monday, June 14, 2010

Salam sejahtera Para Penyimpan Emas Fizikal dan Bakal Penyimpan Emas Fizikal,

Berkali-kali saya menyatakan bahawa kadar kenaikan emas setiap tahun puratanya mencecah 27%. Dan ini bukanlah omongan kosong, ia ternyata bersandarkan kepada fakta yang disokong kukuh oleh taburan data & graf oleh pemerhati-pemerhati ‘gold performance’ seantero dunia! Seringkali juga, khuatir jika angka 27% itu dikatakan keterlaluan & tidak mencapai kepercayaan pelanggan, saya turunkan menjadi hanya 20%. Itupun sudah cukup menguntungkan right?

Dengan risiko tanggungan pelaburan yang boleh dikatakan minimal itu, tidak hairanlah emas saban hari semakin mendapat tempat di hati pelabur-pelabur yang umumnya tidak perlu punya ilmu yang tinggi untuk menguasai bidang emas ini. Rata-rata daripada mereka cuma punya wang simpanan, dan mereka tegar & yakin untuk menukar ‘method’ simpanan dari wang ringgit kepada menyimpan emas. Tapi jarang sekali yang benar-benar memiliki keinginan untuk mengutip ilmu & pengetahuan tentang emas.

Dan, amatlah jengkel juga jika saya katakan, kerana sebab inilah ramai pelabur-pelabur kaum kita yang sering tertipu (atau dengan lebih tepat istilahnya-memilih untuk ditipu) dengan skim-skim cepat kaya dan juga pelaburan-pelaburan yang tidak ada munasabah yang konkrit. Sudahnya, disalahkan orang lain sedangkan menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang!! Justeru itu, hingga saat jemari saya menari di ‘keyboard’ ini, diri masih terasa kerdil jika dibandingkan dengan tahap pengetahuan orang-orang berjaya di sekeliling.

Berbalik kita pada peratusan kenaikan harga emas. Lewat pagi tadi, saya terpaku sejenak melihat harga di laman web Public Gold, yang mencatat lebih kurang RM137/gram. (angka ini saya dapat apabila membahagikan harga bar 100 gram untuk mendapat ‘unit price per gram’, sudah tentu jika makin kecil saiz bar tersebut, makin tinggi sedikit harga unit gramnya.).

Langsung saya terbayangkan pelanggan-pelanggan yang membeli pada harga RM128/gram sedikit masa dahulu, tentu sekali mereka sudah mampu tersenyum seraya melihat kenaikan sebegini, walau di hati belum lagi terlintas untuk menjual jongkong masing-masing. Lalu saya terfikir, jika membeli pada Januari yang lalu sudah mendapat keuntungan kurang lebih RM9.00/gram , berapa pula laba yang dikumpul oleh pembeli-pembeli emas pada tarikh yang sama tahun lepas?

Langsung saya buka laman web http://goldprice.org , sebuah laman web yang merekodkan sejarah harga emas pasaran dunia sehingga 36 tahun lepas! Di bawah ini saya sertakan satu graf harga emas untuk satu tahun yang lepas.

1 year gold price per ounce


Dapat kita lihat,
Harga pada 6 Mei 2009 adalah USD 910/oz.
Harga pada 6 Mei 2010 adalah USD 1200/oz.

Setelah dihitung kira, kenaikan harga emas sepanjang tahun lepas adalah sebanyak 32% !!

Satu peratusan yang menggalakkan & memberi perangsang, jika bukan pada anda..sekurang-kurangnya saya & pelanggan-pelanggan saya sudah mampu tersenyum lebar. Mana lagi pelaburan yang dapat memberi pulangan sebegini, dengan risiko yang amat rendah? Teringat juga di saat yang sama pada ceramah yang diberikan oleh Dato’ Salleh Majid, mantan Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur pada Januari lalu. Lihat sahaja pada gambar ’slide’ bentangan daripada beliau ini;



Izinkan saya untuk menambah satu lagi bentuk pelaburan, iaitu ‘Foreign Exchange’ yang sudah diakui boleh memberi laba yang berlipat-kali ganda, namun Forex bukanlah semudah yang disangka. Pernah ia menjadi impian saya untuk diceburi & memang masih menjadi impian hingga kini, tetapi menceburinya saya ibaratkan, “jika kail panjang sejengkal, usah lautan hendak diduga”. Ilmu haruslah kukuh teguh bersarang didada, bukan hanya mengharapkan berani orang lain semata. Wang kita, biarlah kita yang mengawalnya, untung atau ruginya ia, biarlah kita yang memegang tanggungjawabnya. Seiring itu, tanpa ilmu & pengalaman, forex yang sepatutnya boleh menguntungkan bisa juga merugikan & memufliskan.

Daripada http://www.puteriemas.com/

No comments:

Post a Comment

VIDEO