Hukum majoriti Ulamak Timur Tengah mengenai wang kertas
Pendapat ulama secara ringkas berkenaan hakikat wang kertas sekarang. Adakah ianya mempunyai illah sama seperti matawang emas dan perak ( Dinar dan Dirham ) zaman Rasulullah s.a.w. ?
Pendapat 1.
Wang kertas hanyalah kertas yang membuktikan seseorang itu memiliki emas dan perak dalam simpanan negara dan negara mengeluarkan wang kertas sebagai tukaran untuk bermuamalat. Hakikatnya, bukanlah wang yang sebenar. Ini adalah pendapat Syeikh Abd Kadir bin Ahmad dan Syeikh Ahmad Husaini
Pendapat 2.
Wang kertas dianggap sebagai mal mutaqawwan iaitu suatu barang yang mempunyai nilai seperti barang-barang lain juga namun bukanlah mempunyai nilai wang sebenar ( emas dan perak ). Ini pendapat Syeikh Abdul Rahman Saa'di dan Syeikh Hassan Ayyub.
Pendapat 3.
Wang kertas tidak mempunyai nilai langsung, hanyalah kertas kosong semata-mata. Ini adalah pendapat Syeikh Abdul Hamid Suraini.
Pendapat 4.
Wang kertas adalah wang yang sebenar sama dengan emas dan perak ( dinar dan dirham ) yang digunakan pada zaman Rasululllah s.a.w. Ini adalah pendapat mejoriti Ulama muasirah seperti D.Yusof Al-Qaradhawi, d. Wahbah Zuhaili dan juga Resolusi Persidangan ulama sedunia pada 1402 hijrah.
Apa perbezaan antara kesemua pendapat?
Walaupun ada 4 pendapat namun, terdapat 2 perbezaan yang ketara iaitu, wang kertas adalah wang sebenar dan bukan wang sebenar.
Bagi yang tidak mengiktirafnya maka:
1. Tidak perlu dikeluarkan zakat.
2. Tidak ada unsur riba nasi'ah
3. Tidak sah dijadikan modal syarikat ataupun jual beli salam ( tangguh )
Pendapat yang rajih adalah pendapat ke 4 kerana :
1. Seluruh dunia mengiktiraf penggunaan wang kertas, mereka tidak lagi bermuamalat dengan emas dan perak ( uruf am ).
2. Sekiranya tidak mengiktiraf sebagai wang sebenar,maka banyak hukum islam akan terbatal seperti tiada riba dan zakat.
3. Tiada nas yang mengatakan wang mestilah daripada emas dan perak, zaman rasullullah menggunakan emas dan perak kerana islam diturunkan ketika masyarakat bermuamalat dengan kedua-dua jenis matawang tersebut dan islam mengiktirafnya bukan mewajibkannya.
Pendapat inilah yang paling tidak rajih (tepat) sebenarnya.
1. Adakah kerana seluruh dunia mengiktirafnya ia menjadi halal. Dunia dikuasai ekonomi riba Yahudi, Adakah apabila seluruh dunia sudah biasa dengan arak, judi dan penzinaan maka hukumnya menjadi halal kerana urf am.
2. Hukum Islam keatas wang kertas adalah sebagai fulus, kategori bukan wang emas dan perak, jadi tiada zakat dan riba. Masalahnya kita yang kena hidupkan semula wang emas dan perak. Bukannya mengangkat taraf wang kertas disamakan dengan wang emas dan perak,Hukum zakat dan riba tergadai kerana hendak menghalalkan wang kertas.
Zakat sebenarnya hanya dikenakan keatas emas dan perak, tidak pada logam lain, juga riba terkena hanya pada emas dan perak dan tidak pada logam lain menyebabkan hukum Islam tergadai.
3. Imam Malik mengatakan wang ialah sebarang benda yang dipilih manusia. Maknanya manusia bebas memilih apa sahaja sebagai mata wang, tetapi masih tertakluk kepada jualbeli riba, zakat dsb.mengikut hukm fiqh. Manusia tidak boleh dipaksa menggunakan wang kertas semata -mata, tambah lagi disamakan pulak dengan emas dan perak.
Seperti kata Syeikh Yusof Al-Qaradhawi dalam fatwa muasirahnya:
" Wang kertas telah menjadi menjadi wang yang digunakan diseluruh dunia. Bagaimanakah ingin membatalkan hukum riba padanya sedangkan semua manusia bermuamalat dengannya tidak lagi dengan emas dan perak? Sesiapa yang memilikinya dianggap kaya walaupun tidak mempunyai simpanan emas dan perak. Dengan wang ini, lelaki menjadikan mahar, digunakan dalam jual beli, sewa dan membayar diat. Semua muamalat melalui wang kertas sudah mencapai tahap emas dan perak"
Prof. Umar Vadillo mengatakan tentang kata Syeikh Yusof Al-Qaradhawi dalam bukunya Ecsoteric Deviation in Islam. Hujah ini bukan hujah Al Quran dan sunnah tetapi hujah pragmatisme, kerana wang kertas digunakan seluruh dunia maka ia menjadi wang yang diiktiraf.
Kata-kata hikmah
PROF.DR HAMKA,
“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
To save your family, buy GOLD
To help the nation, keep GOLD
To follow your religion, use GOLD
- Mr Louis Ng, Chairman, Public Gold
Save in GOLD, before it is too late
- Dr Umar Ibrahim Vadillo, Founding President, WITO
- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
To save your family, buy GOLD
To help the nation, keep GOLD
To follow your religion, use GOLD
- Mr Louis Ng, Chairman, Public Gold
Save in GOLD, before it is too late
- Dr Umar Ibrahim Vadillo, Founding President, WITO
JANGAN MERUGIKAN MASA ANDA...MASA ITU EMAS...EMAS ITU BERHARGA UNTUK ANDA...
MASA ITU EMAS
PENTING UNTUK ANDA...!!!
SETIAP 20 MINIT HARGA EMAS PUBLIC GOLD, PUBLIC DINAR, PUBLIC SILVER & PUBLIC JEWELLERY AKAN BERUBAH.
HARGA EMAS PUBLIC GOLD ( 999.9 ) TERKINI
HARGA EMAS PUBLIC DINAR ( 916 ) TERKINI
HARGA PUBLIC JEWELLERY TERKINI
Public Jewellery
HARGA PERAK PUBLIC SILVER TERKINI
Friday, June 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment