Kata-kata hikmah


PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


To save your family, buy GOLD
To help the nation, keep GOLD
To follow your religion, use GOLD


- Mr Louis Ng, Chairman, Public Gold


Save in GOLD, before it is too late

- Dr Umar Ibrahim Vadillo, Founding President, WITO

JANGAN MERUGIKAN MASA ANDA...MASA ITU EMAS...EMAS ITU BERHARGA UNTUK ANDA...

LIVE SPOT PRICES

LONDON FIX

MASA ITU EMAS

PENTING UNTUK ANDA...!!!

SETIAP 20 MINIT HARGA EMAS PUBLIC GOLD, PUBLIC DINAR, PUBLIC SILVER & PUBLIC JEWELLERY AKAN BERUBAH.

24 hour GOLD Spot Price

HARGA EMAS PUBLIC GOLD ( 999.9 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC GOLD ( 999.9 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC DINAR ( 916 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC DINAR ( 916 ) TERKINI

HARGA PUBLIC JEWELLERY TERKINI

HARGA PUBLIC JEWELLERY TERKINI

Public Jewellery

24 hour SILVER Spot Price

HARGA PERAK PUBLIC SILVER TERKINI

HARGA PERAK PUBLIC SILVER TERKINI

Wednesday, September 8, 2010

Siapa Sebenarnya Kita?



Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.

"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim..

Semua peserta mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"

Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.

"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"

Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..

Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.

Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.

"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim.

"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."

"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.

Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...

Moral:
Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.

1 comment:

  1. Assalamualaikum peminat2 emas!Baru baru ini selepas saya berjaya mendaftar menjadi dealer(agen) Public Gold saya mencuba jual Dinar Public Gold ini dan Emas2 Produk Public Gold yang lain.Saya menghadapi masaalah dengan orang kaya dan penduduk kampung biasa:
    1)Masyarakat di Terengganu kurang mengenali Produk Public Gold.
    2)Mereka lebih menyukai Dinar Emas Kelantan,padahal Dinar Emas di Malaysia dan Dunia sama saja fungsi dan keuntungannya,kegunaannya serta cara pembuatannya mestilah menepati piawaian yg di tetapkan oleh Syaidina Umar Al Khattab R.A. Cuma pada mata kasar duit itu tidaklah berlegar sekitar Kelantan tetapi masih menepati kehendak Islam iaitu agar sistem Keewangan Islam yang lebih adil dapat mengatasi mana2 Sistem selainnya yang tidak baik dan bagus itu kepada Umat Manusia di Dunia ini.
    3)Ini adalah kerana Islam itu agama Rahmatan Lil 'Alamin.Maka Dia menurunkan RahmatNya melalui berbagai2 cara.(Sistem matawang Islam Dinar dan Dirham adalah salah satunya).Maka cara2 yang disarankanNya adalah yang terbaik.Kerana Dia Tahu apa yang terbaik untuk manusia ciptaanNya.
    4)Oleh kerana itu Saya menyarankan kepada pihak pengurusan Public Gold dan Public Dinar agar menimbang untuk memperhebatkan promosi di Media media akhbar ,tv,elektronik dan selainnya di negara ini.

    ReplyDelete

VIDEO