Kata-kata hikmah


PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


To save your family, buy GOLD
To help the nation, keep GOLD
To follow your religion, use GOLD


- Mr Louis Ng, Chairman, Public Gold


Save in GOLD, before it is too late

- Dr Umar Ibrahim Vadillo, Founding President, WITO

JANGAN MERUGIKAN MASA ANDA...MASA ITU EMAS...EMAS ITU BERHARGA UNTUK ANDA...

LIVE SPOT PRICES

LONDON FIX

MASA ITU EMAS

PENTING UNTUK ANDA...!!!

SETIAP 20 MINIT HARGA EMAS PUBLIC GOLD, PUBLIC DINAR, PUBLIC SILVER & PUBLIC JEWELLERY AKAN BERUBAH.

24 hour GOLD Spot Price

HARGA EMAS PUBLIC GOLD ( 999.9 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC GOLD ( 999.9 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC DINAR ( 916 ) TERKINI

HARGA EMAS PUBLIC DINAR ( 916 ) TERKINI

HARGA PUBLIC JEWELLERY TERKINI

HARGA PUBLIC JEWELLERY TERKINI

Public Jewellery

24 hour SILVER Spot Price

HARGA PERAK PUBLIC SILVER TERKINI

HARGA PERAK PUBLIC SILVER TERKINI

Friday, May 14, 2010

Pengiraan Zakat Emas

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah.

Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150


2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf.

Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Rujukan : zakat.com.my

Pertama sekali yang kita perlu tahu hanya emas yang TIDAK dipakai saja yang dikenakan zakat.. Itu saja ke? Ada lagi syarat… Zakat hanya dikenakan hanya apabila emas yang TIDAK dipakai tadi melebihi 85 gram.. Sebagai contoh:

Saya beli emas gold bar Public Gold seberat 100g.. Beli pada 1 Januari 2010.. Genap 1 tahun iaitu 1 Januari 2011 saya perlu menunaikan zakat kerana dah cukup haul (setahun) & berat emas yang melebihi 85 gram.


Kiraan Zakat:

= (100g – 85g) x (RM125/g) <- (Harga Semasa Emas per gram)

= (15 gram x RM125) x 2.5%

= RM46.87 untuk dizakat…

No comments:

Post a Comment

VIDEO